Sunday February 21.2016
OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahkini16.blogspot.com
SANDAKAN:- Kecurian kebal elektrik bangunan di daerah Sandakan semakan menjadi-jadi memang sukar dibendung ini disebabkan kegagalan pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan juga pihak Polis.
Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt meminta pihak kerajaan agar mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang melalukan mencuri kebal-kebal tersebut
Beliau
berkata bahawa kabel yang dicuri boleh dijual untuk keuntungan ataupun
digunakan untuk tujuan mencuri bekalan elektrik, oleh itu pihak MPS dan
polis, dan juga SESB haruslah mengkaji cara-cara mengatasi yang berdaya
maju seperti melarangkan orang ramai menjualkan wayar dan kabel lama
secara bebas, untuk menyelesaikan masalah kecurian kabel yang sering
berlaku.
Beliau juga menegaskan bahawa kejadian pencurian kabel
bukan kali pertama berlaku di Sandakan, sejak beberapa dekad yang lalu
pun telah berlaku, tetapi yang amat mengecewakan adalah sehingga hari
ini masih berlaku lagi. Katanya, hanya pelaksanaan hukuman yang berat
terhadap mereka yang mencuri barulah boleh mengelakkan kejadian
pencurian kabel secara berkesan.
Oleh itu, beliau menggesa pihak
yang berkenaan, khususnya pihak Polis untuk mengambil berat mengenai
kes kecurian kabel dan menahankan orang yang terlibat secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment