Thursday February 25.2016
OLEH: SHARLENE SHARIZAL IKWAN ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com
PENYIASATAN terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan membawa apa-apa Farrah Malay akan menyebabkan rakyat semakin benci kepada Kerajaan Pemerintah khusus kerajaan Barisan Nasional (BN)
Tun Dr Mahathir adalah mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah memegang tampuk pemerintahan selama 22 tahun. Malaysia hari ini di yang dikenali adalah di Era beliau.
Pemodenan Malaysia hari ini adalah cetusan minda dan pemikiran beliau yang berwawasan dan pandang ke hadapan dalam menuju wawasan 2020.
Disimpulkan, penyiasatan terhadap Tun Dr Mahathir akan mengeruhkan lagi keadaan semasa, Kerajaan hari ini sewajarnya ajak beliau ke perjumpaan secara tertutup untuk beliau mengemukakan segala pendapat, kritikan mahupun desakan terhadap pimpinan kerajaan di bawah pentadbiran YAB Datuk Seri
Najib Tun Abdul Razak.
Jika semua saluran teguran disekat, ditidakkan, malah ditutup maka ini tidak membawa faedah yang baik kepada UMNO dan Barisan Nasional kelak.
Ini jelas Ibarat menjolok sarang tebuan, anda sekat Dr.Mahathir anda tangkap Dr. M maka tidak mustahil rakyat akan membalasnya di kertas undi pada PRU 14 nanti disitu nanti para pemimpim UMNO/BN baru tahu langit itu tinggi rendahnya.
Semenenta pihak parti pembangkang merupakan satu bonus untuk mereka meraikan kemenangan besar dalam PRU14 nanti bila mana UMNO sesama UMNO bercakaran sesama sendiri akhirnya menjadi kucar-kacir dan menjadikan berpecah belah ini adalah merugikan sendiri.
Kes 1MDB kes Tabung Haji dan Kes RM2.6 Billion nanti akan membawa padah dan malapetaka serta bala besar bakal menghempap-menindi kepada UMNO dan BN nanti kita tunggu dan lihat seterusnya jika Tun Mahathir di dakwa di masukan penjara apa reaksi rakyat khususnya ahli-ahli UMNO yang pro dengan Tun M. nanti pada PRU14 nanti. Posted by The Sabah Insider
No comments:
Post a Comment