CERPEN HASIL KARYA
ISMAILY BUNGSU
www.sabahkini16.blospot.com
AKHIRnya
Yati kembali ke rumah orang tuanya di kampung, sementara suaminya ditinggalkan
sendirian di rumah pangsa di Tanjung Aru. Hampir sekitar enam bulan sudah
Herman hidup sendirian tanpa Yati.
Jiran-jiran
di sebelah rumah bertanya ke mana saja
Yati pergi dan Herman selalu saja menjawab yang Yati balik kampung kerana
berurusan. Kekadang jiran sebelah rumah hairan kesan begitu lama Yati tidak
pulang.
Kesan
begitu lama Yati tidak pulang, pertanyaan demi pertanyaan selalu saja Herman
terima dari jiran-jiran tetapi
jawabannya sama dan kekadang itu pertanyaan yang berulang-ulang menyebabkan Herman mula tidak suka dan
dianggapnya jiran sebelah suka sangat menjaga tepi kain orang lain dan akhirnya
setiap pulang kerja Herman selalu saja dalam kamar menyendiri mengelak ketemu
sesiapapun.
“ Kalau
abang tak mengubah sikap, terbaik kita cerai saja” Kata Yati suatu hari dan
Herman terkejut mendengar kata-kata Yati itu dan Herman tidak memberikan
jawaban apa-apa selain usaha diam dan diam sambil menganggap kata-kata Yati itu
sebagai mainan kata2 hanya.
“ Yati
serius bercakap” Ulang Yati dan Herman tetap diam, mereka baring di atas katil
sambil nonton TV.
Herman
tahu dia seharusnya berusaha menghindar melakukan sesuatu yang Yati tidak suka,
tetapi usahanya itu selalu gagal dan akhirnya begitulah jadinya.
“ Dulu
sebelum kita kawin, abang tidak pernah demikian, tetapi sesudah kawin demikian
pula jadinya dan terus terang Yati katakan yang Yati tidak sanggup lagi dan
sebab itu yati tak tahan” Jelas Yati lagi.
Herman
ingat sangat kata Yati itu dan sampai sekarangpun ia masih ingat dan memang
tidak Herman sangka yang Yati sanggup berbuat demikian meninggalkan Herman
sendirian.
Kekadang
Herman sedih sangat tetapi selalu saja Herman memujuk hatinya untuk jangan
bersedih dan lebih menyenangkan hatinya sendiri, ia katakan semuanya ketentuan
yang Allah takdirkan. Dengan demikian hati Herman agar terubat sedikit.
Pernah
juga Yati melaporkan kes berkenaan di Jabatan agama, tetapi kes berkenaan tidak
dapat diselesaikan bukan saja kesan Herman tak datang di Jabatan agama, tetapi
alasan Yati sekadar kata-kata TIDAK TAHAN bukan alasan yang kuat untuk minta
cerai dan akhirnya keinginan Yati tertangguh begitu saja tanpa tindakan
apa-apa.
Memang
sekarang Yati di kampungnya di pedalaman. Ya, sudah sekitar enam bulan dan itu
cukup lama yang menyebabkan Herman amat sedih sekali dan kesan sedih itu Herman
asyik mendiamkan diri dan menghindar ketemu kawan-kawannya di sekitar.
Apa
sebab-sebab-sebabnya Yati minta cerai? Hanya herman saja yang tahu. Orang lain
tidak tahu kecuali Yati. Memang Yati tahu sangat dan itu sebab Yati katakana
yang dia tak tahan sebab sehari berkali-kali Heran lakukan perkara itu
menjadikan Yati tidak tahan.
Memang
tidak tahan
Memang tidak tahan
Memang tidak tahan
Memang tidak tahan
Memang tidak tahan
Kenapa
tidak tahan? Apa saja yang Herman lakukan? Ketika Yati mahukan perubahan Herman
tidak peduli dan terus saja Herman lakukan hingga Yati tidak selesa dan tidak
tahan dan ada kalanya Yati tidur di sebelah kamar kesan tidak tahan.
Memang
keterlaluan dan sepatut Herman mengubah sikap untuk keselesan seorang isteri
bernama Yati. Apa saja yang dimaksudkan?
Apa ya
yang menyebabkan Yati begitu? Yang menyebabkan Yati minta cerai dan kesannya
Yati meninggalkan Herman sendirian dan kesan ketidakpedulian Yati tega balik
kampung.
Herman
masih ingat sesudah balik petang itu Herman pulang dari pejabatnya, Yati memang
tiada dan yang ada hanyalah Nota di atas meja dan nota itu tertulis kata.
Katanya begini
“…..Yati
terpaksa mengambil keputusan pulang ke kampung kesan tak tahan. Meski
berkali-kali Yati katakan agar abang mengubah sikap tetapi abang tidak peduli
dan itu sebab Yati terpaksa meninggalkan abang bukan kerana tidak sayang,
tetapi memang tidak tahan. Tidak tahan kesan baunya yang amat sangat dan
menyusahkan hidup Yati. Kentut abang itulah yang menyeksa abang. KENTUT abang
bau sangat…”
Herman
ingat nota itu.Ya, Herman ingat dan meski ingat Herman terus juga dengan
tabiatnya suka kentut. Bau kentutnya memang menyesakkan. Tiada siapa yang tahan
dan Yati memang tidak suka.
Herman
tersenyum sendirian.
nota: cerpenterpen ini udah siar tahun lalu dan ada minta disiar
semula tapi mungkin ada belum baca. sila baca
No comments:
Post a Comment