Wednesday February
24.2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahkini16,blogspot.com
BIASANYA pemimpin itu menjadi contoh terbaik.
Bukan saja kesan kepimpinannya, malah juga diukur dengan sikap tutur katanya
sekali.
Pemimpin yang baik harusnya kena hati-hati melontar kata sebab dia itu setelah dipilih
harusnya menjadi pemimpin semua orang tak kesah apakah rakyat itu pembangkang
atau bukan sebab dia mendapat gaji dari rakyat yang membayar cukai.
Sekarang ini saya perhatikan rata-rata para
pemimpin kita kala bercakap tidak mereka perhatikan kata-kata mereka dan
biasanya suka sangat ikut emosi dan sesuka hatinya melontar kata HARAMJADAH dan
yang ulama pula mengatakan calon telan pil kuda dan segala macam.
Kalaulah pemimpin kita demikian kata-katanya,
lalu bagaimana yang di bawah dan tentunya guru kencing berdiri dan murid kencing
berlari dan ini akan melahirkan budaya yang kurang baik sesama kita.
Terkait kasus ini saya merujuk Ahli Majlis
Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan bahawa katanya
tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak kebelakangan ini ibarat ‘anjing yang
sibuk menggigit kaki’ sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan
tanggungjawabnya.
Nazri yang berkata Muhyiddin kononnya
melakukan serangan berterusan yang dianggap melampau ke atas Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno.
Justeru, katanya, beliau akan membawa cadangan
kepada jawatankuasa disiplin parti pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan
datang agar Muhyiddin digantung dari jawatannya sebagai timbalan presiden
parti.
“Saya nak cadang gantung jawatan dan bukan
keahlian Muhyiddin.
“Kita hadapkan kepada lembaga disiplin
terpulang kepada mereka untuk ambil tindakan apa,” katanya kepada pemberita
selepas Majlis Perasmian Meja bulat Imam Kebangsaan di Putrajaya.
Menurutnya, tindakan Muhyiddin itu juga menyukarkan
Umno dan BN untuk fokus sebagai sebuah pasukan bagi membantu rakyat.
“Kita nak buat kerja sebab rakyat lebih
penting jadi kita kena fokus sebagai pasukan untuk bantu presiden untuk
membantu rakyat.
“Kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap macam
anjing yang duduk gigit kaki kita susahlah,” katanya.
Tindakan menggantung itu hak majlis tertinggi
dan kiranya itu yang sesuai maka terserahlah dan rasanya menggantung bukan satu
penyelesaian dan itu akan lebih menyusahkan UMNO sebab Muhyiddin akan terus
menyuarakan sesuatu yang terus tidak mendapat jawaban pasti.
Jawaban yang diberikan oleh orang lain bagi
bagi pihak PM yang menyentuh 1MDB dan 2.6 bilion selalu saja berputaran yang
kekadang tidak menentu selalu berubah dan kesannya rakyat tidak yakin dengan jawaban
yang diberi.
1MDB dan 2.6 bilion itu hak rakyat bukan
jutaan dan itu kena jelaskan secara tepat dan baik peguam negara atau yang
diamanahkan rata2nya memihak PM dan menyelamatkan PM dan ini cukup meragukan.
No comments:
Post a Comment