MPS GAGAL KUTIP LONGGOKAN SAMPAH DI MILIMEWA .....DAKWA WONG

Monday February 22.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider16.blogspot.com


SANDAKAN:-  Berhubung dengan masalah sampah dan sisa-sisa pembinaan  yang dibiarkan begitu saja  di bahagian ruang tengah pejalan kai tempat orang ramai lalu lalang di Bangunan Milimewa Centre Point Mall pusat Bandar ini telah menimbulkan pelbagai masalah.

Sampah dan sisa-sisa pembinaan tersebut adalah terhasil daripada pembukaan struktur besi gerai-gerai berpagar tetap di kawasan tersebut sejak Hari Raya Aidilfitri tahun lepas lagi. Hal ini telah menjejaskan kebersihan tempatan dengan serius dan mengundang risiko yang tinggi kepada sebarang bahaya kepada pengguna pembangunan tersebut sekiranya berlaku sebarang kebakaran.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt berkata kes timbunan sampah tersebut sudahpun disiarkan diportal online The Sabah Insider,net kes ini menjadi viral tetapi nampaknya pihak MPS langsung tidak memperdulikannya.



“Sudah lebih daripada 6 bulan struktur besi gerai-gerai telah dibuka dan dibiarkan sampai sekarang serta simen-simen di lantai telah dirosakkan ketika proses pembukaan struktur besi juga tidak dibaikikan. Ini adalah satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab..

Dengan ini saya menggesa pihak MPS untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk membersihkan sampah dan sisa-sisa pembinaan di kawasan tersebut dengan kadar segera. Kerana bakal pembiyakan habitat seperti tikus berkeliaran” tegas Wong.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif


No comments:

Post a Comment