CERPEN MINGGU INI SUMBANGAN
MASIH saya ingat kata-katanya Nancy masa ia menghantar ke airport untuk saya pergi ke Jepun.
Katanya kalau nanti kami kawin, Nancy mahu anak sekurang-kurangnya tiga orang dan semuanya mesti berkelulusan universiti. Itulah kata Nancy dan teman saya Amirul yang ikut sama menghantar ketawa mendengar anganan Nancy itu.
Iya, saya ingat sangat kata-katanya itu dan memang itu juga yang saya harapkan sesudahnya nanti kembali dari Jepun kami merancang akan berkahwin.
Entahlah kala di Jepun, sekitar enam bulan kemudian saya menerima petaka kecelakaan jalan raya hingga sekian lama berada di rumah sakit dirawat bantu oleh teman baik saya yang namanya Syukri yang kebetulan warga Jepun dan berkahwin dengan orang Malaysia yang tinggalnya di Gombak.
Sesudah saya sembuh sedikit dan saya sekian lama tinggal di rumahnya dan konon saya diberitakan semacam sikit kehilangan ingatan dan kata doktor saya memerlukan rawatan untuk beberapa bulan lagi.
Sejak kecelakaan itu saya jarang sangat menerima kabar dari Nancy di Malaysia dan surat-surat yang dikirim tidak mendapat jawaban dan barangkali Nancy dalam keadaan sebuk yang menyebabkan dia tak dapat menjawab surat2 yang saya kirimkan.
Agak lama juga keadaan untuk membolehkan saya sembuh seperti sedia kala dan sesudah keadaan pulih sedikit, maka saya katakan sama Syukri yang saya mahu pulang ke Malaysia buat seketika dan Syukri tidak menghalang sebab dia cukup faham sekali perasaan saya ketika itu.
Pesawat yang saya tumpangi terbang ke Malaysia dan dalam penerbangan itu tiada yang saya fikirkan selain mahu ketemu Nancy dan teman baik saya yang namanya Amirul dan tentu saja mereka bahagia menerima kehadiran saya semula dan itu mengingatkan saya ketika kami bersama dulu di Malaysia.
Hampir setahun Kuala Lumpur saya tinggalkan dan ketika di Kuala Lumpur tiada apa yang berbeza dan Kuala Lumpur sama saja seperti setahun lalu, cuma barangkali ada sedikit perbedaan.
Ketika di Kuala Lumpur saya berpergian duluan ke rumah Amirul tetapi menurut ayahnya yang Amirul tiada di rumah dan ayahnya Amirul tidak pula memberitahu ke mana Amirul meski saya tanya berulang kali.
Sesudah itu saya langsung ke rumah Nancy di Gombak dan bila sampai di rumah Nancy jelas Nancy memang ada di rumah dan ketika ketemu Nancy agak beza dan seolah dia agak keberatan menerima kehadiran saya dan saya sendiri tidak tahu kenapa dan apa sebab2nya.
Ketika di ruang tamu, tiba2 saya dengar suara seseorang di sebalik kamar utama dan bertanya siapa saja yang datang. saya semacam kenal sangat suara itu. Nancy tidak menjawab pertanyaan yang bertanya dan tiba-tiba muncul seorang lelaki dan kemunculannya agak menjadikan kami bertiga tersentak sebentar.
Pandangan Nancy agak serba salah dan yang tadinya muncul itu juga agak serba salah. Memang tidak disangka yang saya ini sudah berada di depan mereka.
“......Ini suamiku.... “ kata Nancy perlahan-lahan dan kata-katanya terputus-putus dan memang saya terdiam dan orang yang diperkenalkan itu juga terdiam dan senyumnya dipaksa.
Memang saya kenal dia suaminya Nancy. Lebih dari kenal dan Nancy seolah merasa bersalah dan bibirnya kuperhatikan terketar bergerak yang entah kenapa. suaminya tertunduk sambil kami sama duduk di kerusi ruang tamu.
“.....Saya cukup gembira ketemu kamu dan doa kamu terus bahagia...” Kata saya selamba sambil menahan sebak di dada dan teringat kata-kata Nancy ketika ia dan Amirul menghantar saya di lapangan terbang untuk pertama kali berangkat ke Jepun.
Ya, barulah saya mengerti kenapa saja surat2 saya tidak Nancy jawab dan sesudah itu sayapun mohon pergi dan sampai di rumah segera menyatakan sama kakak yang saya akan kembali ke Jepun petangnya mengikut penerabangan pesawat akhir ke Narita.
Kakak terdiam dan bungkam!
Tahun 80an saya akting di TV KL bersama ratu Malaysia/Nancy Foo lewat drama yang berjodol KE MANA HATI KAN KUBAWA PERGI. Tika itu nama saya TAKADA/orang Jepun. Sesudah saya kawin dengan Nancy kami kembali ke Jepun diam di Chiba Jepun. Tika hari kebangsaan Malaysia, Nancy mohon kebenaran kembali ke Malaysia ketemu familinya di Gombak dan kesempatan itu dia ketemu AMIRUL bekas kekasihnya dan Mariani teman baiknya kerana sekitar 5 tahun tidak pernah ketemu. Bila sampai di rumah Mariani, lalu Mariani perkenalkan suaminya. Suaminya itu ialah mantan kekasih Nancy sendiri iaitu Amirul. Demikian drama TV yang pernah saya akting bersama dan Nancy sesudah tahu keadaan itu ia kembali ke Jepun. Cerpenterpen PENERBANGAN AKHIR KE NARITA sekadar saya ubahsuai.
No comments:
Post a Comment