DUA JAMBATAN KAYU 40 KAKI PANJANG HSIANG GARDEN DAN BANDAR FAJAR AKAN DIBAIKI

Monday February 22.2016

Gambar Kelihatan…..Linda bersama pegawai beliau dan seorang penghuni meninjau keadaan jambatan kayu di Hsiang Garden

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com 


BATU SAPI:-   Jambatan kayu yang menjadi laluan pejalan kaki yang menghubungi Hsiang Garden dan Bandar Fajar di Jalan Leila akan dibaiki dalam tempoh terdekat ini.

Jambatan yang berukuran lebih 40 kaki panjang itu  dibina atas sebuah parit besar yang memisahkan Hsiang Garden dan Bandar Fajar, kini berada dalam keadaan uzur dan membahayakan orang ramai yang berulang alik antara dua kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah meninjau sendiri kemudahan berkenaan setelah menerima aduan dari penghuni di perumahan Hsiang Garden.

Linda memberitahu bahawa beliau akan menggunakan peruntukan Ahli Parlimen beliau untuk membaiki jambatan kayu tersebut demi keselamatan serta keselesaian orang ramai.

Hadir bersama dalam lawatan ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.



No comments:

Post a Comment