Monday February 22.2016
GAMBAR MENUNJUKAN……Chin (empat dari
kiri) bersama anggota-anggota Gabungan yang menghadiri majlis makan malam
sempena sambutan Tahun Baharu Cina
OLEH: ROBERT T C LEE
www.sabahkini16.blogspot.com
SANDAKAN: Seramai 10 Kapitan
telah menghadiri majlis makan malam Gabungan Ketua Masyarakat Cina
Sandakan sempena Tahun Baharu Cina yang diadakan di sebuah restoran di
sini kelmarin.
Menurut pengerusi Gabungan
Ketua Masyarakat Cina Sandakan
Chin Thai Set majlis
berkenaan merupakan acara tahunan untuk mengeratkan silaturahim antara
anggota-anggota Gabungan selain dari meraihkan tahun baharu Cina.
Program ini juga membolehkan
anggota-anggota Gabungan menjalinkan kerjasama dalam usaha membantu pihak
kerajaan dan wakil-wakil rakyat mencari penyelesaian mengatasi masalah yang
dikemukakan masyarakat setempat, kata Chin.
Kata Chin, terdapat seramai 15
Kapitan untuk kawasan-kawasan dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sandakan
iaitu Tanjung Papat, Elopura, Karamunting, Sekong, Libaran dan Gum Gum yang
dilantik oleh Kerajaan Negeri.
Turut hadir ialah Kapitan Taman
Sibuga Thomas Lau yang merupakan mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran
Sandakan serta anggota yang terbaru menyertai Gabungan Ketua Masyarakat
Cina Sandakan Kapitan Elopura James Leong dan para Ahli Jawatankuasa (AJK)
Gabungan.
No comments:
Post a Comment