PRESIDEN MPS TIDAK BERHATI PERUT AKAN MELAKSANAKAN CAJ PARKING DI BANDAR-BANDAR SATELIT



Friday March 04.2016

\
OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Tindakan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan mengenakan caj parking di  bandar-bandar satelit  yang berkuatkuasa 1hb Mei ini telah mendapat perhatian meluas bukan saja  oleh masyarakat setempat bahkan wakil-wakil rakyat kerajaan dan juga pembangkang.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt turut mengutuk sekeras-kerasnya kedegilan pihak MPS yang meneruskan niatnya bagi melaksanakan caj parking itu di bandar-bandar satelit bermula dari Bandar Kim Fung  hingga ke Batu 8 Jalan Labuk.

Wong menyifatkan Presiden MPS James Wong  yang berhati hitam langsung tidak mahu memperimbangkan kesusahan rakyat  Sandakan dan memaksa rakyat untuk menanggung perbelanjaan yang lebih tinggi

Beliau menegas bahawa sekarang sudahlah rakyat begitu susah, rakyat dipaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi.

Di dalam situasi begini, tidak ada orang boleh mengelakkan diri daripada kemerosotan ekonomi, MPS pula melaksanakan tindakan yang menambah beban rakyat. Bukankah komitmen kerajaan seharusnya mengutamakan kebajikan rakyat dan meringankan beban mereka?

Beliau menyahut pelbagai sebab-sebab yang diberi oleh MPS untuk melaksanakan caj letak kereta adalah tidak munasabah.

Pemilik kenderaan yang  meletakan  kenderaan berpanjangan masa di kawasan letak kereta awam adalah keperluan asas mereka, di mana tempat itu merupakan tempat kerja atau tempat tinggal mereka. 

MPS bukan sahaja tidak mengambil berat keperluan mereka, sebaliknya menyalahkan rakyat dan minta mereka untuk membayar, dan dengan itu meningkatkan pendapatan majlis bandar, hal ini memang keterlaluan dan tidak wajar!

Beliau berharap pihak MPS dapat menangguhkan pelaksanaan caj letak kereta di Bandar-bandar satelit dari Batu 4 hingga Batu 8 demi kepentingan rakyat.

Beliau juga berharap wakil rakyat BN boleh mengambil tindakan untuk menggesa MPS untuk menangguhkan pelaksanaan polisi tersebut sehingga keadaan ekonomi pulih sedia kala. POSTED BY THE SABAH INSIDER.NET


https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - MJH Hub
    Harrah's Cherokee Casino & Hotel When it comes to 군산 출장샵 gaming 계룡 출장샵 and entertainment, Harrah's 남양주 출장안마 Cherokee Casino & Hotel 용인 출장안마 is 의왕 출장샵 the choice.

    ReplyDelete