GOTONG ROYONG BERSIHKAN PANTAI PASIR PUTIH ANJURAN PAKATAN HARAPAN=DAP-PKR-AMANAH DAPAT SAMBUTAN

 Monday March 07-2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

KARAMUNTING:-  Untuk menjaga kebersihan alam sekitar khususnya di kawasan persisiran pantai untuk mengindahkan lagi suasana disekeliling tidak hanya terletak di bahu pihak kerajaan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) semata-mata.

Kalau pihak kerajaan khususnya MPS dan ADUN Karamunting yang mempunyai cukup dana kenapa tidak mahu menganjur Gotong Royong khusus bagi membersihkan kawasan sekitar persisiran Pantai Pasir Putih yang merupakan satu-satu pantai yang ada di Sandakan  apa masalahnya.

Namun bagitu  untuk sama-sama menjaga kepentingan Pantai Pasir Putih agar kelihatan bersih supaya tempat ini dijadikan tarikan kepada pelancong luar dan dalam mengunjungi dan beriadah di setiap hujung-hujung mingu atau cuti umum. 

Satu ketepatan telah diambil oleh  Parti PAKATAN HARAPAN yang merangkumi PKR-AMANAH dan DAP  pagi tadi telah mengadakan gotong royong untuk membersihkan dan membuang sisa-sisa  sampai sarap yang tersadai  ditebing pantai itu  yang terbiar sekian  lama begitu saja.

Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt telah mengetuai gotong royong tersebut dan mendapat sambutan diluar jangkaan.

“Wong berkata kita sebagai warga Sandakan memang sentiasa mengambil berat dalam memuliharaan alam sekitar lagi-lagi kawasan Pantai Pasir Putih yang sentiasa dikunjungi oleh masyarakat setempat bila mana kelihatan dalam keadaan kotor dan menjijikan sakit mata menandang bila melihatnya” kata Wong.

Sementara Pengerusi AMANAH Sabah Haji Hamzah Hj Abdullah bagi  pihak MP Sandakan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program gotong royong ini semuga ini juga merupakan ibadah dan  amal jariah.

Katanya ahli-ahli UMNO-BN mereka asyik berpolitik saja sehingga kepentingan masyarakat diabaikan terutama sekali dalam menjaga kebersihan alam sekitar di mana kah letak  tanggungjawab sebuah kerajaan yang konon mendapat sanjungan tinggi dari rakyat jelata.
 POSTED by The Sabah Insider.net 




No comments:

Post a Comment