GST BETUL-BETUL BEBANKAN RAKYAT GOLONGAN MISKIN DI SABAH...KATA WONG

 Monday March 14.2016

OLEH: KREW DAP
SHAIMON S JUMADI
www.sabahkini16.blogspot.com

SANDAKAN:- Kesengsaraan rakyat semakin hari semakin tertekan dan terhimpit dalam kehidupan seharian disebabkan harga barangan terlalu tinngi harganya gara-gara kerajaan mengenakan  GST  (Cukai Perkhidmatan Jualan)

Oleh itu golongan yang berpendapatan rendah RM500,00 sebulan tentu mereka terkapar-kapar apa lagi mereka yang menanggung anak dan keluarga yang ramai  tambah lagi kehidupan mereka semakin  terhimpit.

Dalam pada itu Ahli Parlimen  kawaan Sandakan Stephen Wong Tien Fatt (DAP) mencadangkan kepada kerajaan dan mempersoalkan sama ada kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar cukai GST di Sabah untuk mengurangkan beban rakyat Sabah.


Memandangkan harga barang Sabah lebih tinggi dan berpendapatan lebih rendah daripada Semenanjung Malaysia, hal ini terbentuk masalah ketidaksamaan di antara Sabah dan Semenanjung Malaysia. Oleh itu, sekiranya kadar cukai GST dikenakan secara konsisten di Malaysia, maksudnya rakyat Sabah dipaksa membayar cukai GST yang lebih tinggi dan ini adalah tidak adil bagi rakyat Sabah.

Dalam hal ini, Timbalan Menteri Kewangan YB Datuk Johari Bin Abdul Ghani memberi jawapan kepada soalan YB Stephen Wong bahawa kerajaan tidak akan mengurangkan kadar cukai GST di Sabah kerana kadar cukai GST di Malaysia adalah agak rendah berbanding dengan negara-negara jiran, seperti Singapore 7%, Filipina 10%, Thailand 7% dan Vietnam 10%.

Lagipun, banyak barang-barang telah dimasukkan ke dalam senarai tidak kena GST, oleh itu, pada dasarnya kebanyakan barang-barang keperluan harian adalah bebas daripada cukai GST, jadi kerajaan tidak akan mempertimbangkan untuk menurunkan kadar GST.

Beliau telah mengambil bahagian dalam sesi pembahasan di Parlimen mempersoalkan adakah kerajaan persekutuan bertimbang semak semula kadar GST memandangkan pendapatan kerajaan semakin menurun akibat kejatuhan harga minyak antarabangsa.

Beliau memberi penerangaan selanjutnya bahawa banyak orang bertanya pendapatan kerajaan semakin menurun, adakah kerajaan akan meningkatkan kadar cukai GST untuk mempertingkatkan hasil perbendaharaan, jadi Timbalan Menteri Kewangan berkata bahawa kerajaan tidak mengambil kira kenaikan kadar cukai GST semasa, ini juga bermakan mengekalkan kadar cukai GST di 6%.

Pada pandangan YB Stephen Wong yang juga merupakan Pengerusi DAP Sabah, cukai GST menyebabkan kenaikan harga barangan, terutamanya di Sabah adalah paling teruk sekali, kebanyakan harga barang juga lebih tinggi daripada
Semenanjung Malaysia, khususnya Kuala Lumpur.

 Ini membawa impak negatif kepada ekonomi yang sudah agak merosot dan menambah beban dan kesusahan rakyat Sabah, jadi beliau berharap Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan kadar cukai GST untuk mengurangkan beban rakyat Sabah.

Walaubagaimanapun, beliau berasa amat kecewa kerana Kerajaan Persekutuan tidak berhasrat untuk mengurangkan kadar cukai GST.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif


No comments:

Post a Comment