KEGAGALAN MPS MEMBERSIHKAN SALIRAN LONGKANG-PARIT PENYEBAB UTAMA PEMBIAYAKAN NYAMUK AEDES

Monday February 22.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahkini16.blogspot.com


SANDAKAN: Kurangnya perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) memantau semua saliran parit mahupun longkang  yang tersumbat keseluruhan daerah Sandakan adalah punca dan penyebab utama pembiyakan nyamuk  Aedes.

Sekarang di daerah Sandakan kes wabak demam denggi berdarah semakin parah dan jumlah kes wabak berkenaan 267 dan dua orang penduduk Taman Mesra telah dijangki wabah tersebut dengar khabar dua orang itu telah meninggal dunia.

Ahli Parlimen Sandakan Stephen
Wong Tien Fatt  mengeluarkan kenyataan ini berikutan  berapa aduan yang diterima dari penduduk Sri Taman Km 6.7 Jalan Utara  berhubung dengan keruntuhan Longkang di Lorong 5  Sri Taman  mengakibatkan air longkang berkenaan bertakong lantas pihak MPS didesak  agar membaiki segera longkang tersebut.

Beliau telah menerima aduan dari penduduk tempatan mengenai isu tersebut dan dimaklumkan bahawa telah melapor kepada pihak MPS selama setengah tahun yang lalu dan tiada tindakan dijalankan untuk mengatasi masalah tersebut.

Keruntuhan longkang tersebut juga akan menjejaskan kestabilan jalanraya dan struktur pembangunan berdekatan, oleh itu saya menegaskan bahawa tindakan haruslah dilaksanakan sebelum isu tersebut menimbulkan ancaman kepada penduduk yang berdekatan.” Tegas Wong.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif


No comments:

Post a Comment