Selasa Februari 23.2016
GAMBAR
KELIHATAN…….Kamal serta Rosly (duduk, tujuh dan lapan dari kiri) bersama
peserta semasa program gotong royong perdana di Gum Gum kelmarin.
OLEH: JOHN LEE
SAU TING
www.sabahkini16.blogspot.com
GUM-GUM:-
Lebih 150 orang menyertai program Gotong Royong Perdana Kampung Gum Gum
anjuran pejabat UPPM DUN Gum Gum bersama Jabatan Kesihatan Sandakan dan Majlis
Perbandaran Sandakan kelmarin.
Pembantu
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gum Gum telah diwakili oleh
Pemimpin Pembangunan Masyakarat DUN Gum Gum Kamal M Said dalam perasmian
acara berkenaan.
Mereka
yang menyertai program adalah dari ESSCOM, Badan JKKK Kampung Gum Gum, Kampung
Seri Manis, Wanita serta Puteri UMNO Bahagian Libaran dan penduduk-penduduk
kampung. Peserta juga termasuk Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) DUN Gum
Gum Rosly Aziz dan kakitangan UPPM Dun Gum Gum.
Menurut
Kamal, kampung yang terlibat dalam gotong royong ialah Kampung Gum Gum, Kampung
Seri Manis, Kampung Pengkalan Gum Gum dan PPR Taman Gum Gum Jaya.
Antara
objektif program ialah meningkatkan kesedaran untuk menjaga kebersihan
persekitaran demi kepentingan bersama dan mengeratkan silaturahim antara kalangan
penduduk setempat bersama agensi-agensi terbabit.
No comments:
Post a Comment