IKUT JEJAK TUN MAHATHIR KELUAR UMNO…..JEFFRY


Tuesday March   01. 2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahkini16.blogspot.com

TAWAU:-  Rasanya saya berat  kaki saya untuk  melangkah meninggalkan parti UMNO yang merupakan parti Keramat bagi orang-orang Melayu akan tetapi dalam kepimpinan yang ada sekarang  lari dan menyimpang jauh daripada landasan perjuangan asal UMNO yang sebenarnya.

UMNO sekarang yang dipimpin oleh kuncu-kuncu korup tidak lagi relevan untuk orang-orang Melayu banyak menindasan yang berlaku kepada para tokoh-tokoh politik yang banyak menabur jasa bakti bukan saja kepada Negara-Bangsa-Agama bahkan juga kepada UMNO sendiri dipersada politik tanah air begitu mudah disingkir gara-gara oleh para parasit dalam UMNO yang tukang mengampu-tukang bodek dan tukang angkat kaki.

Tindakan mantan Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan keluar daripada UMNO seperti yang telah diumumkan dikaca-kaca TV adalah kena pada masanya tepat pada waktunya.

Tiada gunanya berjuang dengan para pemimpin yang terlibat dan bersekongkol dengan perkara-perkara mungkar dan korup lebih baik saya berundur saja dari parti UMNO ikut jejak Tun Mahathir.

Datuk Mohamad Jeffry Rosman  berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Media Portal The Sabah Insider.Net malam tadi dan beliau akan menyerahkan surat perletakan keahliannya   UMNO  kepada Setiausaha Agung UMNO Pusat.

Selain itu beliau meletakan keahlian UMNO sekaligus Jeffry akan menhantar surat perletakan jawatan sebagai Penasihat Kelab Penyokong BN dan Kerajaan Sabah berkuatkuasa esok juga.

“Saya masih lagi menyokong Barisan Nasional (BN) walaupun saya telah keluar meninggalkan UMNO kerana saya telah hilang kepercayaan kepimpinan UMNO yang ada sekarang.

UMNO yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj  Tun Abdul Razak Hussien, Tun Hussien Onn Tun Mahathir dan Tun Ahmad Badawi  adalah perjuangan telus tiada berlakunya tindas menindas sesama ahli sendiri (UMNO) pemimpin sekarang mirip dan codong mempercayai kata-kata  perasit UMNO yang tukang ampu-tukang angkat kaki dan tukang bodek itu yang dipelihara betul-betul oleh Presiden  UMNO Sekarang.


Walaupun perbuatan Nazri Aziz Salleh Burung Keruak Azlina Othman Said (lesbian)  dan lain-lain lagi orang yang kuat mengampu kepada Presiden UMNO yang jelas gara-gara perbuatan durjana mereka UMNO bakal hancur lebur pada PRU14 nanti tetapi orang-orang ini juga yang dibelai yang disayang.

“Saya akan ikut jejak Tun Mahathir kemana hala tujunya kita akan sentiasa bersama-sama berjuang kalau katanya  masuk Parti KeAdilan Rakyat (PKR) atau Parti Amanah Negara (AMANAH) kalaulah kedua-dua parti itu salah satu jadi pilihan saya akan sertainya untuk meneruskan misi-visi perjuangan untuk selamatkan Malaysia” ujarnya.


.

No comments:

Post a Comment